Adakah saya sudah terlambat untuk meraban mengenai hal ini? Haha tak kisahlah baru-baru ini saya amat sibuk, sekarang ini pun sebab tengah cuti pertengahan semester. Berkenaan isu ini, mungkin sesetengah pembaca yang fahamannya sangat pro-pembangkang atau mereka yang rasa ahli UMNO itu semua kafir, mungkin tidak akan bersetuju dengan saya. Pergilah baca blog lain, Revolusi Habib ke apa ke.
1. Duit Rakyat.
Mereka yang ingin mansuhkan PTPTN ini, saya hendak tanya satu soalan. Pada pendapat anda, adakah salah Rosmah Mansur ingin membeli cincin 24 juta ke, beg tangan Birkin yang berharga 20 ribu Dolar ke? Sudah tentu anda kata salah bukan. Kerana kesemua itu duit itu adalah duit rakyat, rakyat bayar cukai susah-susah, tetiba pemerintah gunakan duit itu untuk berbelanja. Bukankah itu pegangan anda semua?
Maka, duit yang diberi pinjam kepada peminjam PTPTN. Guna duit apa? Samalah kes Rosmah Mansur. Semua rakyat (termasuk peminjam dan bukan peminjam PTPTN) bayar cukai, menjadi dana kerajaan, dan dijadikan duit pinjaman PTPTN, tiba-tiba lepas pinjam tak nak bayar? Banyak cantik?
A bayar cukai. B bayar cukai. A tak pinjam PTPTN, B pinjam. B dapat 30 ribu Ringgit (hasil daripada dana kerajaan, ada juga kata daripada EPF). Tiba-tiba tak perlu bayar hutang. Maknanya, secara tak langsung B memiliki sedikit daripada duit A, dan tidak membayar balik. Lalu dana kerajaan semakin kurang, cukai dinaikkan. A jugak yang sengsara padahal dia tidak meminjam PTPTN.
Anda kutuk Rosmah Mansur berbelanja guna duit rakyat, tapi anda pun sama. Pinjam PTPTN, beli tablet, shopping sakan, belanja awek, tiba-tiba tak nak bayar balik dan demand pendidikan percuma. Banyak cantik.
2. Sistem Ekonomi di Malaysia.
Terdapat tiga jenis sistem ekonomi. Pertama, Kapitalis. Sistem ekonomi Kapitalis bermaksud kerajaan tidak bertanggungjawab untuk mengawal perusahaan ekonomi negara (eg: Amerika Syarikat). Rakyat mempunyai 100% kebebasan kapital. Kedua, sistem ekonomi Sosialis. Sistem ekonomi ini menggunapakai kesemua harta adalah milik kerajaan, distribusi oleh kerajaan, dan sepenuhnya dikawal oleh kerajaan (eg: Cina). Ketiga, adalah sistem ekonomi campuran yang digunapakai oleh Malaysia. Walaupun mempunyai ciri-ciri Kapitalis dan Sosialis, namun sistem ekonomi ini lebih menyerupai Kapitalis kerana memenuhi elemen ekonomi Kapitalis (limited sources, unlimited wants, price mechanism). Read More…







Recent Comments